Contoh Metatesis (linguistik)

Dalam bahasa Melayu

Perkataan tembikai pada asalnya merupakan hasil metatesis dari perkataan mendikai diserap dari bahasa Tamil iaitu Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template. kommaṭṭikkay.[4]

Perkataan seluar yang menyerap dari kata bahasa Parsi Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template. syilwar (berurutan sebutan /l...w...r/) dimetatesiskan sebutan peminjaman kata bahasa Arab Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template. sirwāl (berurutan sebutan /r...w...l/).

Dalam bahasa-bahasa lain

Nama kota Iskandariah di Mesir ([الإسكندرية] error: {{lang-xx}}: teg bahasa tidak diiktiraf: ar (bantuan)) diserap dari nama asalnya dalam bahasa Yunani iaitu Ἀλεξάνδρεια Alexándria; di mana komponen /ks/ dalam sebutan asal /aleˈksanðɾia/ tertukar kedudukannya menjadi /aleˈskanðɾia/, /al/ pula digugurkan kerana mirip pemula alif lam (Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.) bentuk ism ma`rifah sesebuah perkataan dalam bahasa Arab.

Perkataan bahasa Inggeris Lama þrēo (three, "tiga") diterbitkan kepada þridda dan þrēotene yang masing-masing patut diturunkan kepada thrid dan thriteen, namun termetatesis kepada third (ketiga) dan thirteen ("tiga belas") dalam bahasa Inggeris Moden.

Fenomena ini juga banyak diperhatikan pada banyak bahasa-bahasa Romawi:

  • miraculum > milagro (bahasa Sepanyol: "keajaiban")
  • formaticus ("terbentuk dalam acuan", 1135) > fromage (bahasa Perancis: "keju").[5]